PERATURAN DALAMAN

JMB PANGSAPURI SPRING COURT G
Pejabat  Pengurusan, 89-G-3, Jalan Lingkaran Dagang Mas 2, 47130 Puchong Selangor.
Website: springcourtg.blogspot.com


PERATURAN DALAMAN (HOUSE RULES)
SPRING COURT G APARTMENT



BAHAGIAN I: KESELAMATAN

KESELAMATAN KAWASAN
Penghuni diminta untuk menjaga keselamatan unit (rumah) sendiri. Sekiranya anda ingin meninggalkan rumah, pastikan pintu berkunci. Sila laporkan kepada pihak keselamtan JMB Spring Court G dan balai polis yang berhampiran sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti pecah rumah, kecurian barang dan seumpama dengannya.

PEMASANGAN GRIL KESELAMATAN
Anda dinasihatkan agar menjaga keselamatan unit masing-masing misalnya dengan memasang gril keselamatan pada pintu, tingkap dan yard.

BAHAGIAN II: KEBERSIHAN

KEBERSIHAN KAWASAN BERSAMA
Kerja-kerja menyenggara kebersihan di kawasan bersama akan dikendalikan oleh syarikat/pekerja yang dilantik oleh pihak pengurusan. Sila beri kerjasama kepada mereka agar tugas mereka dapat dijalankan dengan sempurna. Apa-apa aduan mengenai ketidaksempurnaan tugas yang dijalankan hendaklah dikemukakan kepada pihak pengurusan menggunakan borang aduan yang disediakan.



PEMBUANGAN SAMPAH
Anda dilarang sama sekali membuang sampah di merata-rata. Sekiranya pihak pengurusan mendapat aduan berkenaan unit anda, pihak pengurusan akan membuat siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Tentukan sampah dibuang dengan sempurna seperti memasukkannya dengan baik dalam beg plastik sebelum dibuang ke dalam tong sampah yang telah disediakan oleh pihak pengurusan.

Anda juga dilarang membuang sampah di kawasan ‘airwell’ (kawasan di sebelah dapur) bagi mengelakkan sistem paip tesumbat dan boleh mengakibatkan pembiakan nyamuk.

Bagi pemilik dan penyewa kiosk,dobi dan tadika pula, anda tidak dibenarkan membuang sisa-sisa makanan, lemak dan sebagainya ke dalam longkang untuk mengelakkan berlakunya sumbatan yang juga akan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.



BAHAGIAN III: PENGGUNAAN DAN PENJAGAAN HARTA BERSAMA

Harta bersama meliputi bahagian bangunan dan tanah di mana bangunan yang tidak termasuk dalam sebarang petak atau petak aksesori dan baki lot yang tidak terkandung dalam mana-mana blok sementara.

Contoh harta bersama ialah papan notis, tangga, koridor, tong sampah, bilik sampah, rumah sampah, kawasan longkang, tangki air, pembetung, paip, wayar, kabel dan saluran yang memberi kemudahan kepada lebih daripada satu petak; bahagian luar semua bahagian bersama bangunan, surau, dewan serbaguna, parkir kereta, parker motosikal, lift, pejabat pengurusan, rumah/pondok kawalan keselamatan, padang permainan dan kawasan rekreasi, jalan masuk, ruang terbuka, kawasan landskap, dan segala kemudahan dan pemasangan lain dan mana-mana bahagian tanah yang digunakan atau boleh digunakan atau dinikmati bersama oleh semua penghuni bangunan itu.

Kerjasama anda adalah dipohon untuk menentukan harta bersama dapat dijaga dengan baik agar kita dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan dan tiada seorang pun daripada kita dinafikan daripada menikmati kemudahan tersebut. Dengan itu anda atau mana-mana orang yang menjadi penghuni bersama atau tetamu anda DILARANG daripada melakukan perkara yang berikut:

1. Merosakkan atau mencacatkan mana-mana bahagian harta bersama;

2. Membiarkan binatang belaan atau ternakan di luar unit masing-masing  
    sehingga mengganggu atau menimbulkan kemarahan penghuni lain;

3. Memasak atau mengadakan jamuan atau apa-apa majlis di kawasan bersama
    tanpa mendapat kelulusan pihak pengurusan;

4. Menyidai pakaian seperti di balkoni, tingkap atau koridor sehingga
    merosakkan pandangan kawasan;

5. Membuat bising sehingga mengganggu penghuni lain;

6. Menggunakan perkataan atau mempamerkan perilaku yang menimbulkan
    kemarahan panghuni lain atau yang memalukan;

7. Meletakkan kereta, motorsikal atau apa-apa jenis kenderaan lain tidak
    ditempat yang dikhaskan;

8. Meletakkan tanda arah, menampal poster atau notis di mana-mana bahagian
    harta bersama tanpa kebenaran pihak pengurusan;

9. Mengubah lokasi mana-mana struktur atau bahagian harta bersama seperti
    yang telah disebutkan di atas;

10. Membiarkan tetamu atau pelawat menggunakan kemudahan harta bersama
      seperti padang permainan atau yang seumpamanya tanpa diiringi oleh
      penghuni. Penghuni bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kecacatan
      yang disebabkan oleh tetamu atau pelawat mereka dan perlu memaklumkan
      jabatan keselamatan atau pihak pengurusan segera;

11. Membiarkan kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun menggunakan
      kemudahan harta bersama tanpa diiringi oleh ibu bapa atau orang dewasa;

12. Berpakaian tidak sopan atau tidak sesuai semasa berada di kawasan luar
      daripada unit sendiri.




PENGGUNAAN SURAU
1. Kepada umat Islam khasnya, penting bagi kita menjaga kebersihan surau;

2. Menjaga peralatan dan harta benda surau;

3. Padamkan lampu dan kipas setelah selesai menggunakan surau;

4. Tutup pili air selepas habis berwuduk; dan

5. Sentiasa laporkan kepada pihak pengurusan sekiranya terdapat sebarang
    kerosakan. 


PENGGUNAAN DEWAN SERBAGUNA
1. Kepada penghuni yang ingin menggunakan dewan perlu membuat tempahan
    kepada pihak pengurusan dan diperlu mengikut terma dan syarat yang  
    ditetapkan oleh pihak pengurusan

2. Menjaga peralatan dan harta benda dewan;

3. Padamkan lampu dan kipas setelah selesai menggunakan dewan;

4. Sila pastikan dewan berada dalam keadaan asal selepas digunakan;

5. Laporkan kepada pihak pengurusan sekiranya terdapat sebarang kerosakan.


No comments